Pengenalan Lokasi Tarikh Kursus Cara Daftar & Yuran

Hubungi Kami

 
KURSUS
PENGENDALIAN MAKANAN
 
Sijil Diiktiraf Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Suasana semasa Kursus Pengendalian Makanan diadakan. Pensyarah yang berkelayakan memberikan input kepada peserta yang hadir.

Pengenalan
 
Kursus Pengendali Makanan Malaysia merupakan kursus wajib yang perlu  yang perlu dihadiri oleh semua pengendali atau individu / syarikat dan pekerja yang ingin terlibat di dalam industri makanan. Ianya juga perlu sekiranya pengendali ingin memohon lesen perniagaan yang berkaitan makanan seperti gerai tetap, gerai sementara atau di pasar-pasar malam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kursus ini mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan sijil kursus boleh digunapakai di seluruh Malaysia dan tertakluk kepada PBT yang berkenaan.
 
 

Tujuan kursus

Kursus ini adalah penting untuk memenuhi syarat mendapatkan lesen perniagaan dari
pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya

Objektif :

  • Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan.

  • Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) & bahan kimia.

  • Cara-cara mencegah pencemaran kuman yang menyebabkan keracunan makanan.

  • Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan.

  • Cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah / sisa makanan yang teratur.

  • Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul.

  • Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat
  • Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan
    keracunan makanan
  • Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai
  • Mempelajari cara menjaga kebersihan diri
  • Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan
 

Kumpulan Sasaran :

  • Semua pengusaha makanan.

  • Peniaga / pengendali makanan yang ingin memperbaharui lesen perniagaan.

  • Individu yang ingin meningkatkan pengetahuan di dalam pengendalian makanan yang betul.

  • Semua pekerja yang terlibat di dalam industri makanan, restoran dan gerai makanan.

  • Kilang makanan
  • Hotel/ resort
  • Restoran/ kedai makan/ kafetaria
  • Medan selera
  • Pasaraya
  • Bakeri/ kedai roti/ kek
  • Kantin sekolah/ dapur asrama
  • Pusat jagaan/ tadika
  • Katering
  • Kedai runcit
  • Gerai/penjaja/ pasar malam
 

Nota :
  • Pihak penganjur berhak untuk mengubah modul & penceramah.
  • Bahasa Pengantar – Bahasa Melayu / Inggeris
 
 

 

Topik Kursus:
  • Keracunan Makanan, Punca-punca dan Tanda-tanda Keracunan Makanan
  • Pencemaran Makanan, Agen-agen Pencemaran Makanan dan Tatacara Pengawalan
  • Pencegahan Pencemaran oleh Kuman
  • Kepentingan dan Amalan Kebersihan Diri
  • Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan
  • Pencucian dan Amalan Pembuangan Sampah / Sisa Makanan
  • Etika Kerja dan Perundangan
  • Pengenalan
  • Pencemaran Makanan
  • Keracunan Makanan
  • Pencegahan Pencemaran
  • Amalan Kebersihan Diri
  • Penyimpanan Makanan
  • Pencucian / Sanitasi, Pembuangan Sampah dan Kawalan Makluk
  • Perosak
  • Etika Kerja dan Perundangan Makanan
  • Cara Pemakanan yang sihat

 

 
 
Peserta kursus akan:
  • memperolehi sijil selepas kursus dijalankan untuk memohon lesen perniagaan
  • sekolah latihan kami diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • memenuhi kehendak undang-undang dibawah Akta Makanan 1983 (Peraturan
    Kebersihan Makanan 2009). Kalau disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak
    melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun)

Tenaga Pengajar:

Dari Institusi Latihan Pengendali Makanan (ILPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Tenaga Pengajar:

Dari Institusi Latihan Pengendali Makanan (ILPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Lokasi:

Akademi Masakan Komersial Kedai2020 (www.kedai2020.com )
No.3, Jalan SP 3C, Taman Sri Puchong
47100 Puchong Selangor
Tel: 016-9191755 / 03-80625650

Jadual & Tarikh:

Kursus Diadakan pada hari berikut:
 
 1) Setiap Khamis (8.30 pagi - 1 tengahari)
2) Setiap Ahad   (8.30 pagi - 1 tengahari)
 

Pendaftaran & Yuran:

RM100 sahaja
(Bayar semasa menghadiri kelas)

  Pertanyaan

Hubungi :  016-9191755 / 03-80625650

Penguatkuasa MPSA sedang melakukan operasi.

Laman Utama 

Copyright ©2006 PengendalianMakanan.com
Disclaimer
: Ini adalah laman web kedai2020.com.  Di miliki oleh Sri Neta Enterprise (978789T). Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada kedai2020.com. Hosted and Maintained by Admin Kedai2020

weebly reliable statistics